Sabtu, 16 November 2013

SELAMAT BERCUTI!

Hai! Assalamualaikum.. 15.11.2013 Jumaat, bermulalah cuti sekolah bagi negeri Kedah dan negeri2 lain yang sewaktu dengannya..heheh.. Macam biasalah time cuti rumah ni mesti jadi tumpuan anak cucu mama & baba.Tiap hari makin bertambah riuhlah rumah kami yang tak pernah sunyi ni.Maklumlah adik beradik aku ni kan ramai,mana nak penah sunyi.. Tengahari tadi(hari jumaat) mama masak nasi mandy kambing dan ayam.Kakak buat kenduri untuk kami adik beradik makan-makan sempena ada hajat dia yang tertunai,tu yang buat kenduri kot hehe.. Jomlah layan gambar ja,taktau nak menaip apa sangat pun,blurr..huhu...

Nasi Mandy..tengokkk beras panjang2 ok..nampak macam ulat pun ada gak kadang2..huhu merapu ja aku ni..
ni lauk ayam 
ni pulak daging  kambing..biasanya mama akan gaul lauk ayam dengan kambing ni dengan nasi sekali,tapi kali ni saja tak gaul sekali,malas..haha rasa serupa tu lah jugakkk..
ni sambal makan dengan nasi mandi,kalau ikut resepi asal orang arab depa guna buah tomato ja..tapi yang ni blender tomato dengan cabai,biasalah orang melayu tak pedaih mana boleh telan kan..hehe tak pedaih tak nikmat lah...haha
ni orang arab panggil laban.. laban tu susu masam la ataupun lebih dikenali sebagai yogurt
ni salatah.. timun dan tomato yang digaul dengan minyak zaitun..syok makan nasi dengan benda ni  krup krap krup krap bunyi irama waktu dok mengunyah..haha


Lepastukan sambil dok masak nasi mandy kami sambil dok mengunyah sesuatu..Kupaih,pepak,telan.. kupaih,pepak,telan..Ghalit ja masing2...benda apa lah yang mengasyikkan sangat tu gamaknya???huhu..
taraa!!! ni lah dia..buat mata meow..aihh buah mata kucing...hehe
tengoklah isi dia..tebai,manisss melecaih kata orang kedah.. sapalah yang tak asyik kalau dapat buah ni kan? 

                                     
 Ok lah habis cerita untuk kali ni. Aku dah nak pi tidoq ni,mata pun melekat macam ada gam ja.Tu lah dah lewat malam baru nak 'update' blog..tapi malam2 cepat sikit internet ni laju ja pasai takdak orang lain guna..tu yang sanggup tunggu malam gak..haha baguih perangai kan..ok bye semua..selamat malam dan selamat beradu.. Assalamualaikum :-)

Selasa, 12 November 2013

SAYUR MEE


Sayur Mee dimakan dengan nasi dan ikan goreng

  Hai! Selamat menjamu selera semua.Dah makan tengahari? Hari ni kat rumah menu tengahari ada nasi,ikan goreng,sambal tumis udang dan sayur mee.. Sayuq mee(orang utara kan sebut macamnilah.hehehe...) ni resepi keluarga kami,taktaulah ada orang lain penah makan @ dengaq @ tengok sayuq mee. Biasanya sayuq mee ni akan dimakan sekali dengan nasi dan ikan goreng. Memang umphh! Nak try? Mai nak bagi resepi,tapi kan bahan tu agak-agak sendiri la nak sukat banyak mana sebab takdak sukatan khusus. Masak ikut suka nak letak banyak mana bak kata Chef Ammar,"suka-suka hati" huhu..Ok lah mai kita tengok resepi dia pulak naih...


RESEPI SAYUR MEE 
Minyak masak.
Bawang putih.
Bawang besar.
Lada hitam
Belacan
Air
Sayur Sawi
Udang 
Mee kuning
Garam dan serbuk perasa

#Cara-cara#
Blender bawang putih,bawang besar,lada hitam dan belacan(nak tumbuk pun boleh bahan2 ni).
Tumis bahan yang dah blender tadi.Masukkan udang dan batang sayur sawi. Bubuh air (ikut suka banyak mana,nak kuah banyak atau sikit),bubuh garam dan serbuk perasa.Bila agak-agak kuah dah mendidih, masukkan pulak mee dan sayur sawi.Siap!

p/s : senang sangatkan masak ni? Jangan lupa cuba ya.. :-D

Isnin, 11 November 2013

Resepi Puding Trifle

Puding trifle ni sedap sangat makan sejuk-sejuk,makan tak ingat apa dah..heheh

 # Bahan-bahan #
1bj kek chiffon tesco @ kek gulung (ikut suka)
*5sudu bsr tepung kastard (bumbun)
*1tin susu cair
*1tin buahan koktail
 
*2tin air(campur air kosong dgn air buah dlm tin koktail tadi,daku lebihkan sikit lagi sukatan air)
*5-7sudu bsr gula (ikut nak manis macamna)
1 kotak kristal jeli jenama nona (boleh juga guna agar-agar biasa letak perisa kegemaran masing-masing)

# Cara-cara #

Potong kek nipis2 agak dalam 1cm.susun dlm bekas rapat2. Renjis2kan air buah koktail td kat kek tekan bg mampat sikit. 
Kemudian,campur semua bahan adunan kastard yg bertanda (*) kacau sampai tepung rata, masak atas api,kacau2 selalu sampai likat. Tuang cepat2 atas kek tadi ratakan.susun buah2 koktail tadi atas adunan kastad,tekan2 sikit.Masak serbuk jeli kristal tadi ikut arahan kat kotak jeli,kemudian tuang pelahan ke atas adunan kastard.biarkan sejuk sikit.simpan dalam peti 2-3jam.Siap!

Boleh buat dalam bekas kecil macamni jugak.terpulang pada selera masing-masing..

SELAMAT MENCUBA!!!!


Anak Menakan Baru dan Cukur Rambut

    Alhamdulillah...23 Oktober  yang lepas kak ipar aku telah selamat melahirkan cahayamata yang pertama,baby boy! hehe.. Sekarang ni anak menakan aku pun dah bertambah jadi 13 orang semuanya,7 lelaki dan 6 perempuan.Tambah dengan bilangan adik-beradik,ipar duai dan orang tua aku lagi  maka jumlah semua ahli keluarga aku 31 orang..Meriah you!!!
Ni diletakkan sikit gambar anak menakan baru... Namanya  ABDULLAH UKKASYAH BIN AZFAR.

Hari pertama lahir ke dunia...
Tok melawat cucu baru kat rumah besan..hehe k.ipaq berpantang kat rumah mak dia..
Hai! siap melambai-lambai tangan tuuu..hakhak


Jumaat lepas pulak abang minta baba tolong cukurkan rambut anaknya.Kebetulan masih ada adik beradik yang tak tengok lagi si baby boy ni,mama pun jemputlah adik beradik terdekat dan masak pulut kunyit dengan gulai ayam untuk makan-makan..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Aku ada lah tangkap gambar sikit-sikit pada hari kejadian..heheh. Jom cuci mata tengok gambar yang tak seberapa ni...
Sebelum dibotakkan...
Hampaq surat khabar ja..hehe macam pesakit dok tunggu nak kena rawat pun ada aku tengok gaya gambar ni..
 


 
Sedang diproses...
Yea!!! dah botak pun ini budak..haha..
Ni pulut kunyit masa buat cukuq kepala tu.Sebenonye ada bihun goreng mak mertua abang aku bagi tapi lupa pulak nak snap gambar sebab sibuk nak menelan ja..huhu



Tu jalah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan. Apa-apapun makndak doakan moga Abdullah Ukkasyah membesar menjadi anak yang soleh kepada orang tua,yang alim yang beriman bertaqwa dan beramal soleh. Amin...






Ahad, 10 November 2013

KEK PANDAN LAPIS KASTARD

Biasanya orang salut dengan kelapa kering,tapi tak suka la benda tu so biarkan kosong jalah..
Assalamualaikum. Hai! Daku ni sebenarnya 'gemor' sangat memasak lagi-lagi dalam bidang bakery,hehehe...
Kali ni teringin pulak rasanya  nak kongsikan satu resepi yang dah lama popular di kalangan blogger tempatan. Resepi apa tu? Apa lagi kalau bukan seperti yang tertulis pada tajuk di atas..Ya! Kek Span Lapis Kastard.
Ok lah,takpayahlah nak tulis panjang-panjang.Di sini disertakan resepi kek ni ya.Kek span aku ambik dari myresipi.com resepi dari sweet4ever.Kastardnya pulak ikut resepi dayangjack.
Ni resepinya...

Kek span pandan (sweet4ever,myresipi.com)

Bahan-bahan - 1 biji kek 

  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. kek dimasak menggunakan api atas dan bawah
  6. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis... 


KASTARD PANDAN (dayangjack,blog dapurku sayang) *aku gandakan bahan-bahannya

 Bahan2
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste 
sedikit pewarna hijau 





Cara :
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan Puding Kastard dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga adunan pekat dan meletup2 kecil..
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


p/s: cuba tau,kek ni memang sedap tambah lagi masa sejuk-sejuk.diriku yang tak suka kek perisa pandan pun boleh terpikat dengan kek ni.. :-D                                                                                                                                                                                                                                         

Pembuka Kata

Assalamualaikum.Selamat datang ke blog ni. Selamat berkenalan juga diucapkan kepada semua pembaca yang sudi singgah ke sini. :-)